MF Ajif

MF Ajif merupakan seorang pelukis komik, ilustrator, storyboard artis, pelukis latarbelakang animasi, dan juga kaleris digital. Karya beliau diterbitkan dalam komik ROCK (terbitan ToonAge Studio-2002). Komik Alyridura adalah cerita tulisan dan hasil inking dan warna digital beliau. Beliau juga turut menyumbangkan komik kepada Mato-Mato yang dipimpin oleh Umbut. Dendam Pesaka, Dendam Pesaka 2 dan Dendam Pesaka 3 adalah sentuhan klasik beliau. Juga komik DINOTEMPE mewarnai majalah tersebut. Bersama KLP Productions Sdn. Bhd, MF Ajif, turut melukis komik Fetus in Fetu dan sebagai kaleris untuk Eden Factor .Mulai April 2007, komik Baran terbit secara mingguan oleh Utusan Malaysia dalam sisipan Sigap kini dikenali sebagai WOW. Komik Baran menampilkan senario atau nafas baru hasil adaptasi daripada siri Dendam Pesaka sebelum ini. Tahun 2008 pula komik Pusaka Angkasa mula diterbitkan di akhbar Kosmo! Siri komik Pusaka Angkasa telah tamat pada bilangan siri ke 121. Kini MF Ajif meneruskan lagi komik bertemakan Sci-Fi Duta GalaksiĀ : Prima Kejora di mana komik ini mula diterbitkan pada Disember 2008 - Oktober 2009. Kemudian aktif kembali dengan siri berikutnya Yuriena berkonsepkan fiksyen Hikayat Melayu diterjemahkan sejumlah 60 siri bermula awal minggu pertama Disember 2009. Senarai karya komik

MF Ajif

Nama samaran MF Ajif
Anugerah tiada
Kewarganegaraan Malaysia
Karya terkenal Alyridura, Pusaka Angkasa
Kelahiran Muar, Johor

Berkaitan